Sunday, August 30, 2009

Happy Merdeka Malaysia!!!!

Selamat Hari Merdeka...
(msti ingat arwah Sudirman pakai baju bendera nyanyi kat tv, ingat wajah Tunku Abdul Rahman, konsert merdeka, bunga api)
Tu je???
Kita dah lama merdeka.
Kita? merdeka ke?
Negara kita yang merdeka....
kita?

tugas2 blog untuk pencipta


Sebagai medan/gelanggang pada sesiapa yg suka pada ekspresi (suka ati aku la).
Lontaran nada tak bersuara...perkongsian hakikat semua orang.

Pegangan bebas! (tapi semua perbuatan ada peraturan).

Memenuhi masa2 yang mungkin akan terbuang kalau tak buat benda ni..contohnya rempit, rosak, rembat (selalunya yg jahat bermula dgn huruf 'r'. Percayalah..rogol, rotan, ragut, rompak dll)
Memenuhi fungsi otak (ingat senang ke nk perah otak carik idea, buat bnda2 yg kreatif)

Tempat utk mengenal diri sndiri dan orang lain. (aku suka blog fynnjamal..fynn! suka kamu)
Belajar berfikir.

Dan lain-lain (korang cuba la dulu..dan baru korang tau)

Saturday, August 29, 2009

makan....



aduhhh....best gak nasik nih!

time2 puasa ni bila bab makan....pukul 12 dah pikir menu berbuka (ermmm..nk mkn asam pedas)
tp pukul 3 dah berubah....(ms tido tadi boleh mimpi laksa)...
Memang mencabar la klu tgk makanan ( ni tuk adik2 yg baru blajar puasa..tu la len kali bangun sahur)..yg dah kategori 'bangka' pun..kdg2 tak tahan...
so, perkara paling baik rasanya....buatla/belilah ikut gerak hati...yg penting jgn membazir..
tau..tau tau....

pas makan/melantak/santap/mentedaghah....
bole la mkn coklat buat tambah **** gigi..

gambar dibawah sekadar menyemak...
Abaikan jika bukan keperluan untuk melihat




Friday, August 28, 2009

Terbiar....

Sesak betul sejak2 puasa
tp mmg dah biasa la kan
kalau puasa...semua org berpusu2 balik..
berebut...
rasanya nk berebut ke pasar ramadhan je..
bukannya nk masak!! (mcm aku kot)
Tambah pulak time2 ujan.
Asal petang je ujan...
bukan sikit2 lak tuh
lebat... tu belum petir sabung menyabung!!
(tolong...aku takut petir...)



2 hari lepas, masa aku terperangkap
dalam jem+ujan+petir=bosan/angin,
betul2 depan flat pekeliling tu...
sempat la aku tenung flat tu yg entah bila
nk dirobohkan...
sampai bercambah pokok yg entah dari mana
datangnye....(mari sama-sama kita fikir)



klu diperatikan betul2...kira dah togel dah
flat ni..pintu takde...dgr cita..pintu lif pun
takde (bisnes ada untung maaa)
Tak tau la aku klu flat ni berhantu....


Thursday, August 27, 2009

Alhamdulilah

Alhamdulilah.
semuanya dah selesai
dugaan demi dugaan
tangisan demi tangisan
pagi berganti petang
petang berganti malam
dan mentari melambai sang bulan
dalam diam, dalam hingar
bersilih ganti..antara sedar dan tidak
semuanya bersatu..
menjadi satu...akhirnya aku
tetap akur........
Tak siapa yang akan minta
dan tak siapa juga dapat menolak

setiap yang datang tetap ada hikmahnya..
membuatkan kita lupa
dan mengeluh
namun itulah rahmatNya.
..
kerana ramai yang menyayangi aku

ramai yang berkorban untuk aku
demi satu kelegaan, demi satu keinsafan...
'Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa'













thanks kat korang....
yg penting k sal tetap nak baring kat kaki aku...
ahahahhaah.....
( nak manja la tuh)
diaorg tuh makan kat kat bawah jer
siannnnn......



thanks d...



thanks semua...kesian korang tunggu kita sampai malam...

aktiviti paling aktif sebelum discharge!!! huhuhu (i love u sayang)

ADA

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja, hasilnya macam kita tak datang kerja
2. Ad
akala kita rasa amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut
3. Adakala kita rasa prihatin, tapi rupanya kita jaga
tepi kain orang
4. Adakala kita rasa kita berfikiran terbuka dan
berterus terang tapi rupanya kita kurang pengajaran
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran kritis, rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada

7. Adakala kita suka bertanya 'kenapa aku ni macam tak da kerja' adalah lebih baik kita tanya 'apa lagi kerja yang aku boleh buat'


Sue Menangis....

Adik Sue.....
Klin tau sue sayang kak lin...
tp jgnla menangis kerana kak lin
InsyaAllah Kak Lin akan sembuh betul2
Jangan risau sayang..
kerana Kak Lin masih kuat atas
kasih sayang sue..dan semua yg ada
disekeliling K lin...
Hanya Allah Saja yg tau betapa
perkara ini susah untuk diluahkan tp
indah untuk dirasakan.......
Syukur kerana disebalik kesakitan..
ada kenikmatan..........
Terima Kasih Allah

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

Hari ni aku makan asam pedas lagi...

Bila dah suka mkn satu2 benda tuh...
aku akan mkn selagi teringin.
Harini aku mkn lagi untuk kedua kali
dalam seminggu....
Asam Pedas Ayam!!
Tapi bukan lah aku yg buat.
Menompang kasih air tangan Kak Zah.
Aduhhh......sila lihat gambar di bawah
untuk mengeluarkan beberapa lelehan
air lur anda...

ikut putaran jam dari kul 12-kuih kasui sarapan pg nyer(mmg sedap), kangkong goreng belacan, asam pedas pujaanku, telor dadar, ikan masin+cili ijau wat ulam, bendi wat ulam....



H1N1/ SELSEMA BABI



Virus influenza A (H1N1) adalah virus yg terus menggila dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin utk melindungi jangkitan pun belum ada. Kalau penularan virus ini tidak dikawal dengan baik, penyakit ini akan merebak dengan cepat dan yang teruknya akan menyebabkan kematian. Orang ramai pun kenalah sama-sama mengambil berat dan rasanya kenalah kita saling ingat mengingati..

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejalainfluenza, segera dapatkan rawatan awal
    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan datang lagi...

Selamat berpuasa pada semua..
semoga tahun ini lebih baik dari tahun
sebelumnya...
aminnn......




Bila Ramadhan datang lagi...
Maka solat sunat terawih menjadi rutin
umat islam..(tak sabarnye...)
Harap2 tak la jd hangat2 je....aminnn

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."



Monday, August 17, 2009

info pasal jantung KITA (jangan pandang enteng ya!) Sila baca untuk pengetahuan.

RAMAI yang tidak sedar bahawa lemah jantung (congestive heart failure) sebenarnya lebih teruk daripada barah payu dara. Apatah lagi penyakit itu bukan diagnosis sebaliknya komplikasi jantung.

Lemah jantung tidak bermaksud jantung akan berhenti berdenyut secara tiba-tiba, sebaliknya ia akan terjadi secara perlahan-lahan atau dengan cepat selepas serangan jantung atau masalah otot jantung.

Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Haizal Haron Kamar, berkata lemah jantung merujuk pada kegagalan jantung untuk mengepam darah secukupnya mengikut keperluan tubuh.

"Apa saja masalah jantung boleh membawa kepada lemah jantung. Apabila jantung gagal mengepam darah mengikut keperluan, darah tidak diagihkan dengan baik dan bertindak menekan salur darah. Ini menyebabkan cecair terkeluar daripada salur darah dan masuk ke tisu badan," katanya.

Jika jantung sebelah kiri gagal berfungsi, cecair berkumpul dalam paru-paru (pulmonary edema). Lebihan cecair ini menyebabkan kesukaran pada ruang pernafasan untuk mengembang setiap kali anda menarik nafas. Anda mengalami nafas pendek terutama jika melakukan aktiviti atau berbaring.

Jantung kanan yang gagal berfungsi pula, cecair akan berkumpul di kaki dan bawah kaki. Apabila masalah ini semakin teruk, bahagian atas kaki akan bengkak dan perut turut kembung.

Berat badan akan bertambah diikuti masalah sembab air. Bengkak air (edema) adalah tanda kegagalan jantung sebelah kanan. Perkara paling penting yang perlu anda tahu mengenai lemah jantung ialah masalah progresif mengikut peningkatan usia.

Prof Haizal berkata, lemah jantung boleh terjadi dengan cepat selepas serangan jantung atau terjadi secara perlahan-lahan selepas diserang tekanan darah tinggi atau masalah koronari arteri.


"Kadangkala jantung menjadi lemah tanpa ada penjelasan, keadaan yang dikenali sebagai "idiopathic dilated cardiomyopathy," katanya.

Faktor lemah jantung

  • Penyakit koronari arteri dan serangan jantung. Penyakit koronari arteri adalah masalah jantung paling biasa dan penyebab kebanyakan kes lemah jantung. Dalam satu masa, arteri yang membekalkan darah kepada otot jantung menjadi sempit kerana pengumpulan lemak yang dikenali sebagai 'atherosclerosis'.

    Ada kalanya penyempitan itu mengandungi lemak dan bahan lain dikenali sebagai plak. Darah bergerak secara perlahan melalui arteri yang sempit, menyebabkan sesetengah bahagian otot jantung terhalang daripada darah yang kaya oksigen. Kawasan itu akan menjadi lemah kerana kurang oksigen dan tidak mengepam dengan kuat.

    Dalam kebanyakan kes, aliran darah ke otot hanya cukup menjadikannya 'hidup' tetapi bukan berfungsi dengan sempurna. Serangan jantung terjadi jika plak yang tidak seimbang pecah menyebabkan darah beku menyekat aliran darah kepada kawasan otot jantung.

    Serangan jantung menyebabkan kematian otot jantung yang dengan cepat melemahkan keupayaan jantung mengepam. Kadangkala penyakit koronari arteri terhad kepada koronari arteri kecil. Jika arteri tersekat, ia tidak menyebabkan serangan jantung tetapi lama kelamaan jantung menjadi lemah.
  • Tekanan darah tinggi - Jika tekanan ekanan darah tinggi, jantung terpaksa berkerja keras daripada yang sepatutnya untuk mengedarkan darah ke seluruh badan. Lama kelamaan, otot jantung menjadi tebal atau dalam sesetengah kes menjadi kembang. Akhirnya, otot jantung menjadi terlalu lemah atau terlalu keras untuk mengepam darah secara berkesan.
  • Masalah injap jantung - Empat injap jantung memastikan darah mengalir pada arah yang betul melalui jantung. Injap yang rosak memaksa jantung bekerja lebih keras bagi memastikan darah mengikut arah aliran yang betul. Lama kelamaan, kerja 'lebih keras' ini melemahkan jantung.
  • Masalah otot jantung (Cardiomyopathy) - Ada kalanya masalah ini disebabkan jangkitan, pengambilan alkohol yang berlebihan dan kesan toksin akibat penggunaan dadah, kokain atau ubat-ubatan ketika sesi kemoterapi. Ada kalanya penyakit seperti lupus, masalah tiroid boleh merosakkan otot jantung. Dalam kes tertentu yang puncanya tidak diketahui, ia dikenali sebagai "idiopathic dilated cardiomyopathy".
  • Radang pada otot jantung (Myocarditis) - Ia biasanya disebabkan virus dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi di sebelah kiri jantung.
  • Masalah jantung sejak lahir (congenital heart defects) - Jika jantung dan ruang (chambers) atau injap tidak terbentuk dengan betul, bahagian jantung yang sihat dan terbentuk dengan betul perlu bekerja lebih keras.
  • Ritma jantung yang abnormal (heart arrhythmias) - Ia menyebabkan jantung berdengup dengan terlalu cepat. Masalah itu menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan jantung menjadi lemah. Degup jantung yang perlahan juga boleh menyebabkan lemah jantung.


FAKTA: Simptom lemah jantung
  • Letih dan lemah
  • Nafas pendek apabila baring
  • Batuk yang kerap
  • Bengkak (edema) di kaki, buku lali dan jari kaki
  • Bengkak pada perut (kembung)
  • Berat badan bertambah kerana sembab air (fluid retention)
  • Kurang selera makan dan loya
  • Denyut nadi yang pantas atau tidak sama


Rawatan
  • Perubahan gaya hidup dan ubat ubatan Ia memperlahankan proses lemah jantung dan membaiki kualiti hidup. Antaranya berhenti merokok, kawal masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, bersenam dan mengamalkan diet yang sihat. Ambil ubat-ubatan jika disarankan doktor.
  • Angioplasty - Pembedahan pintasan koronari untuk mereka yang mengalami lemah jantung disebabkan masalah koronari arteri (CAD). Pembedahan ini merawat penyempitan atau penyekatan di arteri koronari.
  • Pacemaker - Alat ini mengawal ritma denyut nadi. Ia selalunya ditanam di dalam jantung dan bertindak menstimulasi jantung yang berdegup secara perlahan atau terlalu cepat atau mengawal denyut nadi yang tidak selari. Ia juga digunakan bagi menyeragamkan degupan pada kedua-dua belah jantung.

Sunday, August 16, 2009

sila lihat

tengok dulu erk...
nanti bila2 kita info



opisku yang gah

Tentu banyak kerja2 ku sekarang ni
(skimanye ayat)
kesian kawan aku yg sorang tu
mesti nk makan pun tak sempat
seb baik la ade dia n gang2 yg lain
tima kasih kawan
setiap hari aku terkenangkan meja
aku kat opis tu
uhuk..uhuk...




Gambar di ambil sewaktu tengah bengong
dan nk ambik mood keje! Cermin mata
kepunyaan Wawan (timakasih tau tulun k lin).
Sori aida..apapun u're da best...
timakasih tulun gua

Masa untuk Mak

rindu la kat mak...huhuhuhu
masa 2minggu bersama mak rasanya
berharga sekali. Cuti sakit selama sebulan
aku habiskan di kampung selama 2 minggu.
Dan yang penting bersama mak. Kalau boleh
nk je abiskan sebulan tuh. 2minggu tu rasa
sekejap je. mcm biasa ada pertumpahan air mata
masa nk balik kl. Megadrama Astro.
Ntah bila ada kesempatan mcmni lagi.
Itulah rahmatNya dalam kesakitan.
Rahsia bersama mak:-
1. Mak nmpk bahagia
2. Mak nmpk sihat
3. Aku pun rasa bahagia
4. Aku bole order je apa nk mkn
5. Dapat tido dgn mak
6. Rasa ehsan yg begitu mendalam pada mak
Ah! banyak sampai tak terkata...

ustaz asri meninggal...

Innalilah.... aku bknnya ikut sgt perkembangan rabbani dan arwah
tp bila dengar dia dah kembali ke Rahmatullah...
aku terkesima....
cara kematian kita hanya Allah Saja Yang Maha Mengetahui
dan telah dijanjikan Allah tanpa lewat seminit dan awal sesaat.
Alfatihah untuk ustaz...

Sunday, August 9, 2009

LAMA TAK JUMPA..

Hye suma...lama tul tak jumpa...
dan tentunya geng2 kat ofis..
n bos2 yg baik ati..
aku ghinduuuuuuuuuuuuuuuuu
tapi InsyaAllah..
di awal Ramadhan la kita baru dpt jumpa
tu pun klu panjang umo (mmg sah kene maki
kalu aku ckp dpn kengkawan aku pasal umo ni)